Sunday, 1 April 2012

bukan mereka. tapi pada Dia tempat bergantung.

tidak selalu langit itu cerah. 
tidak selalu malam itu indah. 
kerna segala gala atas ketentuan Dia. 
siapakah kami yang hanya sebagai si hina. 

Saturday, 25 February 2012

paling dekat. paling tidak diingati.


datang izrail bersama titah ilahi
merenjut atau menjemput para insani
perkara yang  paling dekat tidak diingati
sedangkan mati itu sememangnya pasti.

Thursday, 23 February 2012

Petang petang. Sejuk begini.

awan mendung dikala petang hari.
menanti sang hujan yang tak turun lagi.
keindahan tuhan yang tidak terperi.
manusia sejagat langsung tidak ambil peduli.

semakin tinggi. semakin tunduk



semakin tinggi martabat kami.
semakin tunduk ke hadrat ilahi.
tiada kesal mati duniawi.
kerna sudah mendapat yang ukhrawi.

Followers